Quantcast
Channel: SiKecikComel™
Viewing all articles
Browse latest Browse all 264

Maaf Zahir Batin

$
0
0

Salam....

Kepada semua pelanggan yang dihormati,

Disebabkan beberapa masalah yang sememangnya tidak dapat dielakkan, kami bagi pihak SiKecikComel memohon seribu kemaafan kerana tidak dapat menghantar barang-barang bagi Batch Ogos 2010 seperti yang dijadualkan.

Untuk makluman, barang bagi Batch Ogos 2010 [Item No dari 800 - 950] telah pun berada di Port Klang sejak 31/7/2010 lagi. Mengikut pengalaman lepas, dua minggu selepas barang berada di Port Klang, biasanya pihak ejen di sana akan menghantar barang-barang tersebut terus ke Ampang selepas urusan dokumentasi dan kastam selesai. Tetapi memandangkan terdapat masalah bagi pihak syarikat perkapalan di UK, pihak ejen di Port Klang tidak dapat lagi untuk -barang menguruskan penghantaran barang-barang di bawah syarikat perkapalan tersebut dengan segera sehingga masalah syarikat perkapalan di UK selesai. Kelewatan ini bukan hanya melibatkan barang-barang SiKecikComel sahaja tetapi juga semua barang-barang yang dihantar melalui syarikat berkenaan. Sesungguhnya kelewatan ini adalah diluar bidang kawalan kami.

Tambahan lagi, bahagian penghantaran SiKecikComel di Ampang pula akan bercuti untuk pulang berhari raya dari 4-17 September 2010. Oleh yang demikian, penghantaran barang hanya boleh dibuat selepas cuti hari raya dan dalam masa seminggu selepas barang di terima. Pihak kami akan mengumumkan penerimaan barang di dalam blog ini dan akan seperti biasa akan menghantar maklumat penghantaran barang kepada setiap pelanggan selepas barang yang berkenaan di pos.

Kami sekali lagi memohon maaf atas kelewatan ini. Terima kasih kerana memahami masalah ini dan terima kasih jua di atas kesabaran semua. Pihak kami juga telah menukar syarikat perkapalan yang bermasalah ini kepada syarikat lain mulai Batch September 2010. Diharapkan, masalah seperti ini tidak akan berulang lagi untuk Batch yang akan datang. Diharapkan juga para pelanggan akan terus berurusan dengan SiKecikComel di masa-masa yang akan datang. InsyaAllah, kami akan terus menawarkan item pada harga yang terendah dan berpatutan. Dari masa ke semasa kami akan cuba untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk semua.

Dikesempatan ini juga, kami di SiKecikComel ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan kami dan Maaf Zahir dan Batin atas segala masalah dan kekurangan di sepanjang berurusan dengan pihak kami.

Sekian, terima kasih.

Wassalam

---SiKecikComel---

Viewing all articles
Browse latest Browse all 264

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>